Bengkel Pengenalan Asas Excel & Word Bagi Lepasan SPM 2022

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Bandar Seri Putra, 10 Jun 2023 -  Pusat Inovasi Teknologi Islam (IICT), Universiti Islam Selangor (UIS) telah menganjurkan Bengkel Pengenalan Asas Excel & Word Bagi Lepas SPM 2022 dengan kerjasama Masjid Bandar Seri Putra  di Makmal Komputer 5, Blok Teknologi Maklumat, Universiti Islam Selangor (UIS). Bengkel ini  dilaksanakan adalah bertujuan memberikan pendedahan ilmu serta teknik penguasaan Microsoft Excel Word bagi pelajar SPM 2022. Selain itu, diharapkan dengan penganjuran bengkel yang berlangsung selama satu hari iaitu pada 10 Jun 2023 (Sabtu) ini dapat memastikan para pelajar melibatkan diri  secara proaktif terhadap teknik dan skil Microsoft Word Excel  seterusnya memanfaatkanya dalam kehidupan mereka seperti  di alam pengajian tinggi, mahupun pekerjaan. Bengkel ini telah disampaikan oleh Dr Che Wan Shamsul Bahri Bin Che Wan Ahmad (Timbalan Dekan Akademik dan Pengantarabangsaan, Fakulti Multimedia Kreatif dan Komputeran) pada sesi pagi, manakala En Khirulnizam Bin Abd Rahman (Pengarah IICT) pada sesi petang. Bengkel ini telah mendapat tajaan dari beberapa organisasi antaranya adalah Masjid Bandar Seri Putra dan Mc Donalds Bandar Seri Putra.

Location

   

Operation Time

 

Monday – Friday :8:00 a.m. – 5:30 p.m.


Break (Monday – Thursday) :1:00 – 2:00 p.m.


Break (Friday) :12:15 – 2:45 p.m.


Saturday – Sunday : Close