Program Kemahiran Teknologi & Inovasi Penjawat Awam Negeri Selangor 2024 (KeTIPS'24)

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

Program Kemahiran Teknologi Dan Inovasi Penjawat Awam Negeri Selangor (KeTIP'S) di bawah kelolaan Pusat Inovasi Teknologi Islam (IICT), Universiti Islam Selangor (UIS)  dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor di bawah Jawatankuasa Tetap Pembudayaan Sains, Teknologi & Inovasi (STI) Negeri Selangor.

Butiran Program:
Tarikh: 16 & 17 Julai 2024
Hari: Selasa & Rabu
Masa: 8.00am - 5.00pm
Tempat: Universiti Islam Selangor (UIS)
 
Maklumat Kursus
Kategori A: Kerangka Web & Perkomputeran Awan 
                    (Gred FA29 ke atas merangkumi Penjawat Awam Negeri Selangor dan Agensi)
Sinopsis Kursus
Terdapat dua matlamat utama kursus in; mendedahkan pengaturcaraan berasaskan kerangka web terkini, dan juga perkomputeran awan. Di akhir kursus ini peserta akan mampu membina sistem web ringkas berasaskan kerangka MVC seperti Laravel. Di samping itu juga, peserta akan didedahkan dengan kemahiran teknikal memasang sistem dalam persekitaran awan menggunakan perkhidmatan AWS.

Kategori B: Analisis & Visualisasi Data Menggunakan Power BI
                    (Terbuka kepada Penjawat Awam Negeri Selangor dan Agensi)
Sinopsis Kursus
Matlamat kursus ini adalah untuk memberi panduan kepada peserta cara memproses data/maklumat berguna dan dapat membuat kesimpulan daripada analisis data/maklumat tersebut. Melalui kursus ini juga, peserta dapat mempelajari teknik analisis & visualisasi data. Teknik visualisasi data yang berkesan dapat membantu pihak berkepentingan (masyarakat juga pengurusan) memahami pembentangan maklumat dalam bentuk graf dan carta. Perisian utama yang akan digunakan adalah Microsoft PowerBI.

 

Bengkel Pembangunan Video Kreatif Anjuran IICT

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

Bandar Seri Putra, 26 November 2024 -  Pusat Inovasi Teknologi Islam (IICT), Universiti Islam Selangor (UIS) telah menganjurkan Bengkel Pembangunan Video Kreatif  di Makmal Komputer 5, Blok Teknologi Maklumat, Universiti Islam Selangor (UIS). Bengkel ini terdiri daripada peserta dari   Masjid Al-Azhar, Kuiscell, Bahagian Pemasaran, FMKK, FP, FPM, FPPI, PSS, FSU  dan Pusat Matrikulasi. Bengkel ini  dilaksanakan adalah bertujuan memberi latihan penulisan skrip kepada wakil PTJ/ Pusat Promosi dan Bahagian Pemasaran . Selain itu, memberikan kemahiran pembangunan video pendek yang berilmu dan bermanfaat dengan secara santai. Disamping itu juga, bengkel ini merupakan satu usaha dalam mempromosikan UIS.  Bengkel ini telah disampaikan oleh  En Muhammad Amirul Azizi Bin Roslan (Content Creator Masjid Bandar Seri Putra). 

 

Bengkel Pembangunan Garis Panduan Pengkomersialan UIS

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
Putrajaya, 21 Februari 2024 – Pusat Inovasi Teknologi Islam (IICT), Universiti Islam Selangor (UIS) telah menganjurkan Bengkel Pembangunan Garis Panduan Pengkomersialan UIS di Mercure Living Putrajaya. Bengkel ini dilaksanakan adalah untuk menjadikan garis panduan ini sebagai penunjuk cara kepada para penyelidik produk inovasi membawa inovasi mereka ke peringkat yang lebih jauh iaitu pengkomersilan produk inovasi. Selain itu, diharapkan dengan penganjuran bengkel yang berlangsung selama satu hari iaitu pada 21 Februari 2024  ini memberi keberhasilan yang positif terutama dalam meningkatkan skil dan semangat kalangan penyelidik UIS yang ingin mendalami ilmu berkaitan pengkomersilan produk inovasi dan juga ‘start-up’ perniagaan. Bengkel ini telah dimulakan dengan Ucapan Aluan dari En Khirulnizam B Abd Rahman, Pengarah Pusat Inovasi Teknologi Islam (IICT) ini telah dihadiri 18 orang pegawai UIS dan 3 Panel Jemputan Luar iaitu Pn Sharin Haslin Binti Shamsuddin- Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), En Kamarul Ifzam Mohd Zain - USIM Tijarah Holdings SDN BHD dan Ts. Meor Rafeq Md Rejab - Malaysian Technology Development Corporation (MTDC).
 
 

 

Lawatan Penanda Aras IICT UIS Ke Tijarah Holdings Sdn Bhd di USIM

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

Nilai, 17 Januari 2024 - Pihak Pusat Inovasi Teknologi Islam (IICT), Universiti Islam Selangor (UIS)  telah mengadakan lawatan penanda aras (bench marking) buat kali ke-2 di Tijarah Holdings Sdn Bhd, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Delegasi UIS  diterajui oleh Pengarah IICT, En Khirulnizam Bin Abd Rahman, Pengarah Pusat Pembelajaran - Dr. Nurkaliza Binti Khalid , Ketua Unit Latihan dan Pembangunan Insaniah IICT - Puan Rafiza Binti Kasbun  ,  Koordinator Pusat Pembelajaran - Dr. Siti Zaharah Binti Mohid  & En Abdul Hakim Bin Azmi Rais - Pembantu Tadbir IICT.

Manakala pihak  Tijarah Holdings Sdn Bhd, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)  diwakili oleh En Ahmad Shukri Zulkifli - Chief Executive Officer Tijarah Holdings Sdn Bhd  & En Mohd Kamrul Ifzam Bin Mohd Zain - Senior Executive Tijarah Holdings Sdn Bhd .

Lawatan pada kali ini memfokuskan kepada perkongsian idea dan pengalaman USIM dalam membangunkan garis panduan pengkomersialan. Pihak UIS memerlukan input-input dalam membangunkan garis panduan pengkomersialan UIS.

Pihak UIS turut ditunjukkan produk- produk yang telah dikomersialkan oleh pihak mereka.

Lawatan kali ini berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai objektifnya. Semoga usaha ini menjadi titik tolak kepada hubungan baik antara pihak UIS dan USIM  pada masa akan datang dalam perkongsian idea berkaitan pengkomersialan yang telah dilaksanakan.

 

Kunjungan Hormat IICT UIS Ke Pejabat Chairman Intellectual Property Corporation Of Malaysia (MyIPO)

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

Petaling Jaya, 9 Mei 2024 - Pusat Inovasi Teknologi Islam (IICT) bersama Pusat Pembelajaran (PP),Universiti Islam Selangor (UIS) hari ini telah membuat  kunjungan hormat ke Pejabat Chairman Intellectual Property Corporation Of Malaysia (MyIPO) di Petaling Jaya  bagi tujuan merapatkan silaturrahim dan mendapatkan input- input dalam dunia Harta Intelek serta meningkatkan lagi pendaftaran IP di UIS.

Barisan delegasi dari Intellectual Property Corporation Of Malaysia (MyIPO) diketuai sendiri oleh YBrs. Ts. Dr. Mohd Zuhan bin Mohd Zain iaitu Chairman MyIPO & pegawai-pegawai lain.

Barisan delegasi dari UIS diketuai  oleh  Pengarah IICT - En Khirulnizam Bin Abd Rahman, Pengarah Pusat Pembelajaran - Dr. Nurkaliza Binti Khalid , Ketua Unit Pembangunan Sistem & Aplikasi IICT- Dr. Syarbaini Bin Ahmad Ketua Unit Latihan dan Pembangunan Insaniah IICT - Puan Rafiza Binti Kasbun  & En Abdul Hakim Bin Azmi Rais - Pembantu Tadbir IICT.

Location

   

Operation Time

 

Monday – Friday :8:00 a.m. – 5:30 p.m.


Break (Monday – Thursday) :1:00 – 2:00 p.m.


Break (Friday) :12:15 – 2:45 p.m.


Saturday – Sunday : Close