Nilai, 17 Januari 2024 - Pihak Pusat Inovasi Teknologi Islam (IICT), Universiti Islam Selangor (UIS) telah mengadakan lawatan penanda aras (bench marking) buat kali ke-2 di Tijarah Holdings Sdn Bhd, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Delegasi UIS diterajui oleh Pengarah IICT, En Khirulnizam Bin Abd Rahman, Pengarah Pusat Pembelajaran - Dr. Nurkaliza Binti Khalid , Ketua Unit Latihan dan Pembangunan Insaniah IICT - Puan Rafiza Binti Kasbun , Koordinator Pusat Pembelajaran - Dr. Siti Zaharah Binti Mohid & En Abdul Hakim Bin Azmi Rais - Pembantu Tadbir IICT.
Manakala pihak Tijarah Holdings Sdn Bhd, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) diwakili oleh En Ahmad Shukri Zulkifli - Chief Executive Officer Tijarah Holdings Sdn Bhd & En Mohd Kamrul Ifzam Bin Mohd Zain - Senior Executive Tijarah Holdings Sdn Bhd .
Lawatan pada kali ini memfokuskan kepada perkongsian idea dan pengalaman USIM dalam membangunkan garis panduan pengkomersialan. Pihak UIS memerlukan input-input dalam membangunkan garis panduan pengkomersialan UIS.
Pihak UIS turut ditunjukkan produk- produk yang telah dikomersialkan oleh pihak mereka.
Lawatan kali ini berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai objektifnya. Semoga usaha ini menjadi titik tolak kepada hubungan baik antara pihak UIS dan USIM pada masa akan datang dalam perkongsian idea berkaitan pengkomersialan yang telah dilaksanakan.