Kuala Lumpur, 11 Januari 2024 - Pihak Pusat Inovasi Teknologi Islam (IICT), Universiti Islam Selangor (UIS) telah mengadakan lawatan penanda aras (bench marking) buat julung kalinya di Pusat Pemindahan Teknologi & Pengkomersialan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Delegasi UIS diterajui oleh Pengarah IICT, En Khirulnizam Bin Abd Rahman, Ketua Unit Pembangunan Sistem & Aplikasi IICT- Dr. Syarbaini Bin Ahmad, Ketua Unit Latihan dan Pembangunan Insaniah IICT - Puan Rafiza Binti Kasbun , Koordinator Pusat Pembelajaran - Dr. Siti Zaharah Binti Mohid & En Abdul Hakim Bin Azmi Rais - Pembantu Tadbir IICT.
Manakala pihak Pusat Pemindahan Teknologi & Pengkormesialan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) diwakili oleh Dato' Mohamad Akhtar Bin Ahmad Zainudin - Pengarah PPTP, Puan Sharin Haslin Binti Shamsudin - Penolong Pendaftar Kanan PPTP, En Mohd Hakimi Bin Ahmad Zainudin - Pegawai Penyelidik Kanan PPTP & Cik Akmar Nurul Fariha Binti Azmi - Pembantu Tadbir PPTP.
Lawatan pada kali ini memfokuskan kepada perkongsian idea dan pengalaman UPNM dalam membangunkan garis panduan pengkomersialan. Pihak UIS memerlukan input-input dalam membangunkan garis panduan pengkomersialan UIS.
Pihak UIS turut ditunjukkan produk- produk yang telah dikomersialkan oleh pihak mereka.
Lawatan kali ini berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai objektifnya. Semoga usaha ini menjadi titik tolak kepada hubungan baik antara pihak UIS dan UPNM pada masa akan datang dalam perkongsian idea berkaitan pengkomersialan yang telah dilaksanakan.