MOA Mikaza DRG Sdn Bhd - IKTISASS Fasa 3 & 4 & MOU Malaysian Tehcnology Development Corporation (MTDC) - SRIE2023

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Bangi, 20 Disember 2023 - Pusat Inovasi Teknologi Islam (IICT) Universiti Islam Selangor (UIS) telah membuat Memorandum Perjanjian bernilai RM750,000.00 dengan pihak Mikaza DRG Sdn Bhd dalam membangunkan Fasa 3 & 4  Portal Insiatif Kemahiran Teknikal dan IKTISAS Smart Selangor (IKTISASS) bersama Smart Selangor dibawah Kerajaan Negeri Selangor.

Pusat IICT juga telah membuat Memorundum Perjanjian Persefahaman  (MOU) dengan Malaysian Technology  Development Corporation (MTDC) untuk mengadakan jalinan kerjasama yang meliputi  aspek MTDC sebagai rakan strategik dalam Selangor R&D Innovation Expo (SRIE) 2023 dan SRIE untuk tahun-tahun akan datang (tertakluk kepada perubahan). Ia juga meliputi penganjuran forum, bicara ilmiah, perkongsian kepakaran industri  dalam pembentangan idea inovasi dan kemahiran  dalam pelbagai bidang penyelidikan.

Naib Canselor, Universiti Islam Selangor iaitu YBhg. Prof Madya Dato' Dr. Mohd Farid Ravi Abdullah menandatangani Memorandum Perjanjian bersama Chief Executive Officer, Mikaza DRG Sdn Bhd iaitu YBhg. En Azizan Johari dengan disaksikan oleh  YBhg. Prof Madya Dr. Mokmin Basri, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan, Jaringan Komuniti dan Industri.

Manakala MTDC pula, Naib Canselor, Universiti Islam Selangor iaitu YBhg. Prof Madya Dato' Dr. Mohd Farid Ravi Abdullah menandatangani Memorandum Perjanjian bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) iaitu YBhg. Ts. Hj Mohammad Hazani Bin Hj Hassan dengan disaksikan oleh  YBhg. Prof Madya Dr. Mokmin Basri, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan, Jaringan Komuniti dan Industri.

Majlis 'Interlinking Connecions' ini telah dianjurkan oleh Pusat Jaringan Komuniti dan Industri dengan kerjasama Pusat Tanggungjawab UIS yang lain dalam menandatangi 3 Memorandum Perjanjian  Persefahaman dengan beberapa buah industri.

 

Location

   

Operation Time

 

Monday – Friday :8:00 a.m. – 5:30 p.m.


Break (Monday – Thursday) :1:00 – 2:00 p.m.


Break (Friday) :12:15 – 2:45 p.m.


Saturday – Sunday : Close