Program Kemahiran Teknologi Dan Inovasi Penjawat Awam Negeri Selangor (KeTIP'S) di bawah kelolaan Pusat Inovasi Teknologi Islam (IICT), Universiti Islam Selangor (UIS) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor di bawah Jawatankuasa Tetap Pembudayaan Sains, Teknologi & Inovasi (STI) Negeri Selangor.
Butiran Program:
Tarikh: 16 & 17 Julai 2024
Hari: Selasa & Rabu
Masa: 8.00am - 5.00pm
Tempat: Universiti Islam Selangor (UIS)
Maklumat Kursus
Kategori A: Kerangka Web & Perkomputeran Awan
(Gred FA29 ke atas merangkumi Penjawat Awam Negeri Selangor dan Agensi)
Sinopsis Kursus
Terdapat dua matlamat utama kursus in; mendedahkan pengaturcaraan berasaskan kerangka web terkini, dan juga perkomputeran awan. Di akhir kursus ini peserta akan mampu membina sistem web ringkas berasaskan kerangka MVC seperti Laravel. Di samping itu juga, peserta akan didedahkan dengan kemahiran teknikal memasang sistem dalam persekitaran awan menggunakan perkhidmatan AWS.
Kategori B: Analisis & Visualisasi Data Menggunakan Power BI
(Terbuka kepada Penjawat Awam Negeri Selangor dan Agensi)
Sinopsis Kursus
Matlamat kursus ini adalah untuk memberi panduan kepada peserta cara memproses data/maklumat berguna dan dapat membuat kesimpulan daripada analisis data/maklumat tersebut. Melalui kursus ini juga, peserta dapat mempelajari teknik analisis & visualisasi data. Teknik visualisasi data yang berkesan dapat membantu pihak berkepentingan (masyarakat juga pengurusan) memahami pembentangan maklumat dalam bentuk graf dan carta. Perisian utama yang akan digunakan adalah Microsoft PowerBI.