Kuala Lumpur, 22 Oktober 2023 – 4th Selangor R&D Innovation telah diadakan dengan jayanya pada 19 hingga 22 Oktober 2023 bertempat di Kuala Lumpur Convention Center (KLCC). SRIE 2023 kali ini adalah program di bawah kelolaan Pusat Inovasi Teknologi Islam (IICT), Universiti Islam Selangor (UIS) dan Newfair Malaysia SDN BHD dengan kerjasama Yayasan Selangor dan Kerajaan Negeri Selangor di bawah Jawatankuasa Tetap Pendidikan- Pengajian Tinggi.
SRIE 2023 merupakan kesinambungan dari program SRIE 2022 yang berbentuk program utama tahunan Negeri Selangor iaitu Selangor International Business Summit (SIBS). Untuk edisi SRIE 2023 kali ini akan menampilkan beberapa program iaitu Reruai Pameran, Pertandingan R&D SRIE 2023, Pertandingan Inovasi Anak Selangor, dan 4th International Innovation, Technology & Research Exhibition and Conference (ITREXC 2023).
Pihak penganjur berharap program ini memberi memberi impak yang positif terutama kepada pencipta atau penyelidik pengkomersilan produk inovasi di Selangor dalam menonjolkan produk inovasi mereka kepada pengungjung yang hadir di pameran tersebut. Selain itu juga diharapkan pencipta dan penyelidik produk inovasi dapat menjalinkan hubungan mereka dengan industri luar dalam usaha meningkatkan nilai komersial produk yang sedia ada.
Maklumat lanjut berkenaan SRIE 2023 boleh dilayari melalui laman sesawang srie.my