Petaling Jaya, 9 Mei 2024 - Pusat Inovasi Teknologi Islam (IICT) bersama Pusat Pembelajaran (PP),Universiti Islam Selangor (UIS) hari ini telah membuat kunjungan hormat ke Pejabat Chairman Intellectual Property Corporation Of Malaysia (MyIPO) di Petaling Jaya bagi tujuan merapatkan silaturrahim dan mendapatkan input- input dalam dunia Harta Intelek serta meningkatkan lagi pendaftaran IP di UIS.
Barisan delegasi dari Intellectual Property Corporation Of Malaysia (MyIPO) diketuai sendiri oleh YBrs. Ts. Dr. Mohd Zuhan bin Mohd Zain iaitu Chairman MyIPO & pegawai-pegawai lain.
Barisan delegasi dari UIS diketuai oleh Pengarah IICT - En Khirulnizam Bin Abd Rahman, Pengarah Pusat Pembelajaran - Dr. Nurkaliza Binti Khalid , Ketua Unit Pembangunan Sistem & Aplikasi IICT- Dr. Syarbaini Bin Ahmad Ketua Unit Latihan dan Pembangunan Insaniah IICT - Puan Rafiza Binti Kasbun & En Abdul Hakim Bin Azmi Rais - Pembantu Tadbir IICT.