Bengkel Fotografi & Video Mobile 2023

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Bandar Seri Putra, 10 Jun 2023 -  Pusat Inovasi Teknologi Islam (IICT), Universiti Islam Selangor (UIS) telah menganjurkan Bengkel Fotografi & Video Mobile 2023 dengan kerjasama Insa Padu Global Sdn Bhd di Dewan Kuliah MD Salleh Hassan Farid, Blok Teknologi Maklumat (BTM), Universiti Islam Selangor (UIS) . Bengkel ini  dilaksanakan adalah bertujuan memberikan pendedahan ilmu serta mencungkil bakat masyarakat serta pelajar untuk meningkatkan kemahiran teknologi mereka iaitu Fotografi & Video Mobile dalam bidang dunia perniagaan . Selain itu, diharapkan dengan penganjuran bengkel yang berlangsung selama satu hari iaitu pada 10 Jun 2023 (Sabtu)  ini memberi keberhasilan yang positif terutama dalam meningkatkan skil dan semangat dikalangan masyarakat dan juga pelajar setempat yang ingin mendalami ilmu berkaitan bidang pemasaran digital dalam perniagaan mereka. Bengkel ini telah disampaikan oleh En Jasmawi Sahideen (Trainer Insa Padu Global Sdn Bhd). Bengkel ini telah mendapat tajaan dari beberapa pihak antaranya adalah YB Mohd Sany Hamzan (Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Hulu Langat)Insa Padu Global Sdn Bhd, Masjid At-Taqwa Bandar Bukit Mahkota, Al-Ikhlas Travel & Tour, Iltizam Catering dan Petron Bandar Seri Putra.

Location

   

Operation Time

 

Monday – Friday :8:00 a.m. – 5:30 p.m.


Break (Monday – Thursday) :1:00 – 2:00 p.m.


Break (Friday) :12:15 – 2:45 p.m.


Saturday – Sunday : Close