Mobirise Website Builder

GERAN TEKNOLOGI & INOVASI DIGITAL SELANGOR 2024 (GTIDS'24)


Mobirise Website Builder

HADIAH & GANJARAN

Hadiah dan ganjaran akan diberikan kepada empat (4) penyertaan yang mendapat markah tertinggi pada Tapisan Akhir oleh Jawatankuasa Penilai. Hadiah yang diberikan kepada empat (4) projek terbaik adalah berupa geran bernilai RM30,000.00 bagi setiap satu.

Mobirise Website Builder


PENGENALAN

Geran Teknologi & Inovasi Digital Selangor (GTIDS) adalah inisiatif Kerajaan Negeri Selangor di bawah Jawatankuasa Tetap Pembudayaan Sains, Teknologi & Inovasi (STI) Negeri Selangor untuk merangsang pengembangan teknologi dan inovasi digital. Geran ini bertujuan membantu menyelesaikan masalah masyarakat melalui inovasi teknologi, memastikan teknologi dan inovasi digital dapat dipraktikkan dalam kehidupan harian, serta meningkatkan kualiti hidup dan keselesaan rakyat Selangor.






OBJEKTIF

Objektif 1

Membantu menyelesaikan permasalahan seharian masyarakat terutama dikalangan rakyat Negeri Selangor. Setiap masalah tersebut akan diselesaikan melalui penggunaan teknologi dan penciptaan inovasi digital.

Objektif 2

Membantu penggiat inovasi dikalangan masyarakat sama ada dari sektor swasta, sektor awam, sektor pendidikan serta orang awam dalam meningkatkan pembangunan produk inovasi digital melalui geran yang diberikan.

Objektif 3

Memberikan pengiktirafan kepada produk/ hasil teknologi dan inovasi digital terbaik sebagai bentuk galakan kepada masyarakat di Negeri Selangor mengembangkan minat dan potensi yang berteraskan inovasi dan kreativiti.

Objektif 4

Memupuk, membudaya dan menyemarakkan budaya kreatif dan inovatif dalam pekerjaan dan persekitaran masyarakat di Negeri Selangor.

JADUAL PENILAIAN GTIDS

1

15 September 2024 (Ahad)

Tarikh tamat pendaftaran untuk semua peserta yang ingin menyertai pertandingan tersebut.
2

23 - 25 September 2024 (Isnin - Rabu)

Saringan oleh para penilai dan penyusunan senarai pendek untuk pembentangan peserta yang layak ke peringkat akhir dilakukan secara atas talian.
3

30 September 2024 (Isnin)

8 peserta yang telah disenarai pendek akan melalui penilaian peringkat akhir secara fizikal. Penerima geran akan diumumkan sejurus selesai sesi penilaian.
4

7 Oktober 2024 (Isnin)

Penyampaian hadiah dilaksanakan kepada peserta yang berjaya dalam pertandingan tersebut.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

  • Penyertaan ini terbuka kepada semua penduduk, jabatan/ agensi kerajaan, syarikat-syarikat swasta, sekolah dan Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Negeri Selangor.
  • Peserta perlu menghantar kertas kerja yang terperinci mengenai produk teknologi dan inovasi digital tersebut beserta dengan ringkasan eksekutif.
  • Permohonan mestilah berkaitan teknologi & inovasi digital sahaja.
  • Setiap peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan. Namun begitu, hanya penyertaan terbaik sahaja yang akan dipilih sebagai penerima GTIDS'24.
  • Setiap penyertaan perlu menggunakan e-borang penyertaan rasmi yang disediakan di https://forms.gle/kQkRFaS5Qc7z93faA
  • Kos projek/ hasil teknologi & inovasi digital adalah menjadi tanggungjawab setiap peserta.
  • Tiada sebarang yuran penyertaan dikenakan.
  • Peringkat penilaian adalah seperti berikut :-                                                                                                                                                                    a. Penilaian Awal: Penilaian Awal ini hanya akan berdasarkan kepada kertas kerja, ringkasan eksekutif projek dan video yang dikemukakan. Penilaian hanya melibatkan Jawatankuasa Penilai sahaja.                                                                                                                                                                  b. Penilaian Akhir: Penilaian Akhir ini akan dilaksanakan kepada projek inovasi yang layak dan terpilih berasarkan keputusan Penilaian Awal. Kaedah pelaksanaan bagi Penilaian Akhir adalah secara fizikal seperti berikut :-                                                                                                                                                                        i. Semua produk/ hasil teknologi & inovasi digital yang terpilih ke Penilaian Akhir akan     dinilai berdasarkan dokumentasi yang telah dihantar kepada pihak Urus Setia     sebelumnya.                                                                                                                                                                        ii. Sesi soal jawab berkaitan produk/ hasil teknologi & inovasi digital akan diadakan secara     fizikal antara peserta dan panel penilai.
  • Jawatankuasa Penilai terdiri daripada lima (5) orang Panel Penilai yang akan mengadili penyertaan peserta di peringkat Penilaian Awal dan Penilaian Akhir.
  • Penyertaan bagi peserta yang tidak dapat memberikan komitmen dan hadir semasa tarikh Penilaian Akhir adalah dianggap terbatal secara automatik. Namun begitu, ia perlulah dimaklumkan kepada pihak Urus Setia di Pusat Inovasi Teknologi Islam (IICT), Universiti Islam Selangor (UIS).
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

1. Pertandingan ini terbuka kepada penyertaan bagi semua produk/ hasil teknologi dan inovasi digital.

2. Cetusan idea bagi produk/ hasil inovasi mestilah daripada ciptaan asli peserta dan tidak meniru/ menciplak mana-mana produk/ hasil inovasi yang lain.

3. Keputusan Jawatankuasa Penilai adalah muktamad dan sebarang bantahan adalah tidak dibenarkan.

4. Peserta juga mesti menyediakan video ringkas mengenai idea produk/hasil inovasi yang dipilih dan perlu dimuat naik ke Youtube (unlisted) dan dikongsikan pautan video tersebut ke dalam e-borang rasmi penyertaan.

5. Peserta perlu menyediakan Ringkasan Eksekutif berkaitan produk/ hasil inovasi (Sinopsis Produk) yang dipilih dengan menyediakan penerangan hasil inovasi sahaja dengan tidak            melebihi 1000 patah perkataan sahaja seperti di LAMPIRAN B.

6. Peserta perlu menyediakan kertas kerja (dokumentasi) berkaitan produk/ hasil inovasi yang dipilih yang mengandungi perkara-perkara berikut seperti di LAMPIRAN B :-

        1.0 Tajuk Produk Teknologi & Inovasi Digital
        2.0 Nama Peserta/ Kumpulan
        3.0 Ringkasan Eksekutif Produk (Menghuraikan tentang produk secara umum melibatkan                 cadangan solusi, sasaran, impak, inovasi dan implikasi)
       4.0 Pengenalan (nyatakan masalah yang berlaku serta punca tercetusnya idea)
       5.0 Penerangan Hasil Inovasi
             5.1 Tujuan Projek Inovasi (apa tujuan produk dibangukan)
             5.2 Proses pelaksanaan inovasi (nyatakan jika dibuat in-house atau out-source)
             5.3 Proses sebelum dan selepas (Nyatakan sumber yang diperlukan dan hasil
                   yang akan diperolehi)
            5.4 Kumpulan sasar dan skop liputan (Sasaran pengguna)
            5.5 Impak inovasi terhadap kumpulan sasar
                  ▪ Elemen Inovatif / Kreatif (Nyatakan elemen inovasi dan perkara baru yang                                   terdapat pada idea)
                  ▪ Elemen Keberkesanan (Nyatakan solusi yang dicadangkan yang memberi impak
                    dan menyelesaikan masalah)
            5.6 Elemen Komersial
            5.7 Pengiktirafan diterima (Sekiranya ada. Contoh - Telah mendapat pengesahan hak                        cipta, paten, cap dagangan)
           5.8 Gambar-gambar berkaitan
           5.9 Implikasi Kewangan (jika ada)
     6.0 Penutup

TATA CARA PERMOHONAN

1. Setiap penyertaan perlu menggunakan e-borang rasmi yang disediakan.

2. Setiap penyertaan hendaklah dikemukakan kepada IICT, UIS sebelum atau pada 15     September 2024 (Ahad).

3. Penyertaan mestilah mempunyai perkara-perkara berikut :-
    a. e-Borang Rasmi Penyertaan - https://forms.gle/kQkRFaS5Qc7z93faA
    b. Dokumen/ Buku Laporan Produk/ Hasil Teknologi & Inovasi Digital - Lampiran B
    c. Ringkasan Eksekutif Produk/ Hasil Teknologi & Inovasi Digital (Sinopsis Produk) - Lampiran B
    d. Video ringkas mengenai idea perlu dimuat naik ke Youtube (unlisted) dan dikongsikan pautan video tersebut ke dalam e-borang rasmi penyertaan.

4. Pihak Urus Setia berhak menolak mana-mana penyertaan yang tidak mematuhi syarat-syarat     penyertaan.

5. Sebarang pertanyaan mengenai Geran Teknologi & Inovasi Digital Selangor 2024 (GTIDS'24) boleh menghubungi pihak Urus Setia seperti berikut:
        Pusat Inovasi Teknologi Islam (IICT)
        Universiti Islam Selangor (UIS)
        Emel: gtids@uis.edu.my

PROSES PENILAIAN

1. Penilaian Awal
Penilaian hanya berdasarkan dokumen dan video yang dikemukakan. Panel penilai akan menilai ke atas dokumen berdasarkan kepada skema pemarkahan yang telah disediakan. Peserta tidak perlu hadir pada sesi penilaian awal. Projek yang berjaya akan disenarai pendek bagi Penilaian Akhir.

2. Penilaian Akhir
Semua penyertaan akan dinilai melalui kertas kerja dan ringkasan eksekutif (sinopsis) produk. Penilaian berdasarkan kepada skema pemarkahan yang telah disediakan. Sesi soal jawab juga akan dilaksanakan secara fizikal antara peserta dan panel penilai di tempat yang akan dimaklumkan kemudian.

PANDUAN RELEVANSI IDEA

Idea adalah relevan kepada matlamat pembangunan lestari (SDG).

- Idea yang diutarakan perlu berbentuk kontemporari dan ke arah menyelesaikan isu atau permasalahan yang berlaku di kalangan masyarakat khususnya di negeri Selangor.

- Idea yang dibawa juga perlu dibuktikan keaslian yang dicetuskan oleh pencipta sendiri dengan mempamerkan bukti sama ada melalui kajian atau pengesahan hak cipta atau pengiktirafan dari mana-mana pihak yang berautoriti. 

- Idea boleh sama ada telah diguna/dikomersialkan oleh pencipta yang telah terbukti keberkesanannya melalui entiti perniagaan, komuniti, penerima  manfaat, pelanggan atau pengguna akhir. Namun ianya perlu diterangkan secara terperinci dalam bentuk laporan pasaran atau bukti jualan atau aktiviti penggunaan, statistik, maklum balas dan sebagainya. 

- Idea yang baru diperkenalkan amat digalakkan tetapi mesti juga dibentangkan sama ada dalam bentuk teori atau ujian yang meyakinkan bahawa ianya memberikan impak yang baik. Pembuktian boleh dilakukan dalam bentuk penyediaan proposal dan laporan terperinci serta melalui persembahan video atau grafik berserta sokongan dalam bentuk fakta atau statistik yang dirasakan perlu.

- Idea menyumbang kepada peningkatan tahap matlamat pembangunan lestari (SDG) yang luar    biasa.

- Idea membawa kepada penemuan baru atau amalan baru dan sesuai dilaksanakan di negeri Selangor.

- Idea yang diberikan memberikan impak yang baik dalam meningkatkan kualiti hidup rakyat negeri Selangor.

- Ilustrasikan bagaimana idea dapat menyelesaikan masalah yang berlaku dalam masyarakat, urus tadbir dan amal sekitar di negeri Selangor bersama bukti dan sokongan fakta yang jelas.

Pembentangan idea boleh dibuat oleh pencipta idea dalam bentuk-bentuk berikut:
- Video yang menerangkan terhadap idea yang dicadangkan. 

- pembentangan visual atau multimedia seperti penggunaan Power Point, Canva, Slidesgo, Google Slides, Powtoon dan sebagainya yang dirasakan sesuai.

- Maklumat yang dipersembahkan adalah tepat, padat dan ringkas.

KRITERIA PENILAIAN

Inisiatif ini telah membawa atau akan membawa impak yang signifikan, menangani masalah atau titik kesakitan yang besar, dan mempunyai potensi untuk mengganggu industri atau pasaran semasa. Terdapat manfaat langsung kepada sejumlah besar orang yang terjejas, serta dasar atau undang-undang yang telah atau akan berubah.

Inovasi atau idea ini adalah asli dan unik, dengan hak harta intelek seperti paten dan reka bentuk industri. Tahap keaslian adalah tinggi, menonjol daripada penyelesaian yang sedia ada dan memberikan nilai berbanding dengan pesaing.

Inovasi ini berfungsi dengan baik untuk tujuan yang dimaksudkan, mewakili idea atau proses yang cemerlang, atau cara baru untuk menangani masalah. Ia memajukan bidang ini dengan ketara dan menyeluruh, dengan usaha yang teliti telah dijalankan. Pendekatan ini inklusif dan menyediakan penyelesaian kepada isu dunia sebenar.

Status artikel yang siap menunjukkan kesediaannya untuk pasaran, dengan Tahap Kesiapan Teknologi (TRL) yang spesifik.

Inovasi atau inisiatif ini mempunyai potensi untuk diperluaskan atau diduplikasi untuk mencipta impak yang lebih besar, dan terdapat bukti bahawa ini telah dilakukan, menunjukkan potensi untuk pertumbuhan dan pengembangan.

Inovasi ini boleh digunakan dalam pelbagai konteks atau industri, bukan terhad kepada kes penggunaan tertentu sahaja. Ia mempunyai potensi pasaran yang kuat, dengan peluang untuk pemindahan teknologi dan kerjasama industri.

Inovasi ini mempromosikan amalan kelestarian dan mempunyai implikasi sosial yang positif, selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs).

Terdapat bukti yang boleh dipercayai mengenai keberkesanan inovasi ini, termasuk harta intelek, penerbitan, artikel surat khabar, anugerah, pelanggan, jualan, geran, dan pelabur.

Usaha telah dibuat untuk memastikan persembahan adalah informatif dan menarik, serta disampaikan dengan baik kepada penonton dan hakim. Terdapat pengetahuan yang jelas tentang inovasi, idea, atau inisiatif, dengan pemikiran saintifik dan matlamat kejuruteraan yang dinyatakan dengan baik.


    Dr. Syarbaini Ahmad

    gtids@uis.edu.my








HTML Builder