Putrajaya, 21 Februari 2024 – Pusat Inovasi Teknologi Islam (IICT), Universiti Islam Selangor (UIS) telah menganjurkan Bengkel Pembangunan Garis Panduan Pengkomersialan UIS di Mercure Living Putrajaya. Bengkel ini dilaksanakan adalah untuk menjadikan garis panduan ini sebagai penunjuk cara kepada para penyelidik produk inovasi membawa inovasi mereka ke peringkat yang lebih jauh iaitu pengkomersilan produk inovasi. Selain itu, diharapkan dengan penganjuran bengkel yang berlangsung selama satu hari iaitu pada 21 Februari 2024 ini memberi keberhasilan yang positif terutama dalam meningkatkan skil dan semangat kalangan penyelidik UIS yang ingin mendalami ilmu berkaitan pengkomersilan produk inovasi dan juga ‘start-up’ perniagaan. Bengkel ini telah dimulakan dengan Ucapan Aluan dari En Khirulnizam B Abd Rahman, Pengarah Pusat Inovasi Teknologi Islam (IICT) ini telah dihadiri 18 orang pegawai UIS dan 3 Panel Jemputan Luar iaitu Pn Sharin Haslin Binti Shamsuddin- Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), En Kamarul Ifzam Mohd Zain - USIM Tijarah Holdings SDN BHD dan Ts. Meor Rafeq Md Rejab - Malaysian Technology Development Corporation (MTDC).