Bengkel Excel Intermediate Kerjasama Masjid Bandar Seri Putra

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Bandar Seri Putra, 4 November 2023 -  Pusat Inovasi Teknologi Islam (IICT), Universiti Islam Selangor (UIS) telah menganjurkan Bengkel Excel Intermediate dengan kerjasama Masjid Bandar Seri Putra  di Makmal Komputer 3, Blok Teknologi Maklumat, Universiti Islam Selangor (UIS). Bengkel ini dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM150/pax. Bengkel ini  dilaksanakan adalah bertujuan memberikan pendedahan ilmu serta teknik penguasaan Microsoft Excel di peringkat Intermediate bagi pengguna yang memerlukannya. Selain itu, diharapkan dengan penganjuran bengkel yang berlangsung selama satu hari iaitu pada 10 Jun 2023 (Sabtu) ini dapat memastikan pengguna Excel melibatkan diri  secara proaktif terhadap teknik dan skil Microsoft  Excel  seterusnya memanfaatkanya dalam kehidupan mereka seperti  di alam pengajian tinggi, mahupun pekerjaan. Bengkel ini telah disampaikan oleh  En Khirulnizam Bin Abd Rahman (Pengarah IICT). Bengkel ini telah mendapat tajaan dari  Masjid Bandar Seri Putra.

Location

   

Operation Time

 

Monday – Friday :8:00 a.m. – 5:30 p.m.


Break (Monday – Thursday) :1:00 – 2:00 p.m.


Break (Friday) :12:15 – 2:45 p.m.


Saturday – Sunday : Close